- AnnaAljuffrey, audioplus, GuPantaiTimur, kelantan, Molek Pagi, molekfm, pahang, PantaiTimur, Qila, RadioPantaiTimur, Sham, terengganu
- 0 Comments
- 371 Views
KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Molek FM has refreshed its flagship morning show, Molek Pagi, with a new on-air lineup of Qila, Sham and Anna Aljuffrey, going to air for the first time this morning.
The show continues in its established slot, Sunday to Thursday from 6am to 10am, on 105.1 FM in Kota Bharu, 93.6 FM in Kuala Terengganu and 100.4 FM in Kuantan.
The refreshed trio brings together three complementary strengths. Qila continues in the morning slot with the rapport she has built with Pantai Timur listeners, joined by Sham and by Anna Aljuffrey, who moves into breakfast after fronting Molek Malam.
The lineup is designed to sharpen the show’s hyper-local focus — the conversations that actually happen across Kelantan, Terengganu and Pahang before 10am, from the commute and the kedai kopi to the school run and whatever the East Coast is talking about that day.
The change reinforces Molek FM’s continued investment in the East Coast market, which it has served since launching in January 2022 as Media Prima Audio’s fifth radio brand. Built around local lifestyle, heritage and dialect, the station’s morning belt remains its most competitive daypart.
Molek Pagi is also available live on the AUDIO+ app, at molekfm.audio, and on Molek TV on YouTube.
Molek FM Perkenal Barisan Baharu Molek Pagi
KUALA LUMPUR, 6 September 2026 — Molek FM memperkenalkan barisan penyampai baharu bagi rancangan utamanya, Molek Pagi, menampilkan Qila, Sham dan Anna Aljuffrey yang mula ke udara pagi ini.
Rancangan ini kekal pada slot asalnya, setiap Ahad hingga Khamis dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, menerusi 105.1 FM di Kota Bharu, 93.6 FM di Kuala Terengganu dan 100.4 FM di Kuantan.
Gabungan bertiga ini membawa kekuatan yang saling melengkapi. Qila meneruskan tugasnya di slot pagi dengan kemesraan yang sudah sebati bersama pendengar Pantai Timur, disertai Sham serta Anna Aljuffrey yang beralih ke slot pagi selepas mengendalikan Molek Malam.
Barisan baharu ini bertujuan menajamkan lagi fokus tempatan rancangan tersebut – perbualan harian masyarakat Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum jam 10 pagi, dari perjalanan ke tempat kerja dan sesi kedai kopi, hinggalah hal ehwal sekolah dan apa sahaja yang menjadi bualan Pantai Timur pada hari berkenaan.
Pembaharuan ini memperkukuh komitmen berterusan Molek FM terhadap pasaran Pantai Timur, yang dilayani sejak stesen ini dilancarkan pada Januari 2022 sebagai jenama radio kelima Media Prima Audio. Berteraskan gaya hidup, warisan dan dialek tempatan, slot pagi kekal sebagai segmen paling kompetitif bagi stesen ini.
Molek Pagi turut boleh didengari secara langsung menerusi aplikasi AUDIO+, di molekfm.audio, dan Molek TV di YouTube.

