- 6ixth Sense, bunkface, endemik, endemik showcase, hot fm Endemik Showcase, hotfm, insomniack, marsha milan, media prima audio, radio media prima
- 0 Comments
- 151 Views
1 April 2022 yang lalu, Malaysia telah pun memasuki ke fasa peralihan endemik. Banyak kelonggaran diberikan melalui prosedur operasi standard (SOP) kepada rakyat. Masih lagi di dalam norma baharu, rakyat Malaysia wajib memakai pelitup muka biarpun kebanyakan SOP seperti penjarakan sosial telah dibenarkan.
Bersempena dengan fasa peralihan endemik yang telah diumumkan, radio Hot FM telah menganjurkan sebuah showcase tertutup yang hanya dihadiri oleh pendengar setia Hot FM yang memenangi contest yang dibuat menerusi website Hot FM. Seramai lebih kurang 200 orang pendengar bertuah yang hadir untuk berhibur menyaksikan persembahan daripada artis-artis tempatan secara langsung di The Paddock, PJ.
Endemik Showcase ini dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis yang hebat seperti Bunkface, 6ixth Sense, Marsha Milan, Ara Johari, Insomniacks, Wani Kayrie, Amsyar Lee & Bunga dan Juki.
Setelah 2 tahun Malaysia berada di dalam fasa pandemik dan banyak acara keramaian seperti konsert ini tidak dapat dilaksanakan, showcase anjuran Hot FM ini merupakan salah satu permulaan baik buat industri hiburan tanah air kita.
“Salah satu tujuan kami menganjurkan Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase ini adalah untuk mengembalikan feel konsert yang dah 2 tahun kita tak rasai sejak berlakunya pandemik Covid-19. Namun yang paling penting showcase ini dilakukan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk pendengar bertuah ini perlu melakukan self kit test di lokasi sebelum dibenarkan memasuki ruang showcase. Kami juga buat showcase ini secara tertutup yang hanya eksklusif kepada pendengar yang dijemput khas saja”, kata Nik Nor Azura, Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM.