Hot FM Pecah Rekod Siaran Luar dari KL ke Padang Besar

Petaling Jaya – 18 Mac, 2023 – Bekpes Hot, KJ, Johan, Fara Fauzana & AG telah melakukan percubaan baru yang mengagumkan untuk mencipta rekod di Malaysia dengan mengadakan siaran luar bergerak terpanjang yang bermula dari KL sehingga Padang Besar, Perlis. Seiring dengan moto “Stesen Radio No 1 Di Malaysia”, Hot FM sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada pendengar setia kami. Kami berusaha untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan idea yang segar kepada pendengar kami.

Siaran luar istimewa ini bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 8 Mac 2024 yang lalu, bermula jam 7.08 pagi bersamaan dengan pelepasan tren ETS menuju ke Stesen Padang Besar, Perlis. Kejayaan program “Mission Impossible Bekpes Hot” ini adalah hasil kerjasama antara Hot FM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Tren ETS. Perancangan yang dirancang dalam kurang daripada 2 minggu ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Siaran luar ini meliputi perjalanan sejauh lebih daripada 500 kilometer dengan jangkaan masa perjalanan lebih kurang 6 jam, melalui beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.

Acara ini bermula pada jam 7 pagi di Kuala Lumpur dan berakhir pada jam 12 tengah hari di Padang Besar, Perlis. Ia menampilkan penyampai Bekpes Hot seperti KJ, Johan, Fara Fauzana & AG, serta siaran lintasan istimewa bersama Keymi FYP @ Hot dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Selain cubaan memecahkan rekod siaran luar terpanjang di Malaysia, acara ini juga merupakan penghargaan kepada penumpang wanita sempena Hari Wanita Sedunia. Hot FM dan KTMB turut mengagihkan bunga ros dan coklat kepada penumpang wanita yang bertuah.

Kehadiran pendengar terpilih turut memeriahkan acara ini, yang dipilih oleh Bekpes Hot sendiri untuk menyertai dalam sejarah baru industri radio tempatan. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Amir Jahari, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), yang turut mendendangkan lagu yang melayakkannya menang di AJL 38 tempoh hari iaitu “Hasrat” juga dalam masa yang sama, Amir secara eksklusif mendendangkan lagu barunya iaitu “Ingin Pulang” kepada semua yang berada di dalam koc ETS tersebut.

Acara ini turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin melalui majlis simbolik di platform 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur.

“Mission Impossible Bekpes Hot” ini adalah sebahagian daripada kalender “DJ KJ 1 Year Anniversary”, yang dirancang sempena ulang tahun ke-1 KJ bersama Hot FM. Pada bulan Mei 2024, Hot FM akan melancarkan sebuah kasut istimewa dalam kerjasama dengan jenama tempatan Sniika. Selain daripada itu istimewa pada bulan ramadan tahun ini Hot FM bakal mengadakan beberapa program istimewa seperti dibawah:

Program Ramadan Hot FM 
Nama Program Tempat  Tarikh
Bubur Lambur Giveaway Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur 20 Mac 2024
Soq Bekpes Hot Akan dimaklumkan kembali 23 Mac 2024

Pendengar semua dijempur hadir bersama-sama untuk memeriahkan lagi siaran luar istimewa sahur pada 23 Mac ini. Nantikan info lanjut serta pelbagai program dan acara menarik di bawah kalender “DJ KJ 1 Year Anniversary” di media sosial rasmi @hotfm976. 

Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta X @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.