Hot FM Terus Melakar Sejarah di Putra Brand Awards 2023

Hot FM, Stesen Radio No. 1 di Malaysia gembira menerima pengiktirafan yang besar untuk tahun 2023. Sebagai antara pemain utama dalam industri Radio Malaysia, penghargaan dan pengiktirafan seperti ini mendukung lebih semangat untuk pasukan Hot FM terbang dengan lebih tinggi. Hot FM meraih anugerah Gangsa di Putra Brand Award 2023, The People’s Choice: dalam kategori Media Networks yang telah berlangsung pada 19 Januari lalu di One World Hotel, Petaling Jaya.


Pengiktifan seperti ini dinggap mampu menonjolkan oengaruh dengan kehadiran Hot FM dalam landscap media Malaysia. Menambah kejayaan yang baru sahaja diperoleh pada Jun 2023 lalu, Hot FM muncul di pentas antrabangsa dengan meraih anugerah gangsa #HashtagAsiaAward, bagi kategori Best Newsjacking and Real Tikme Response. 11 Ogos tahun lalu, Hot FM sekali lagi meraihkan pengiktarafan melalui kempen kreatif “KJ jadi DJ” dengan merangkul anugerah Emas di APPIES Awards 2023, memperkuat kedudukannya sebagai pemimpin industri.

Shah, Naib Pengarah Kandungan Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, berkata, “Anugerah-anugerah yang diterima ini merupakan satu pencapaian yang besar untuk Hot FM. Kemenangan pertama kami di Anugerah Putra Brand, bersama dengan kejayaan luar biasa di #Hashtag Asia Awards, bukan sahaja membuktikan yang Hot FM terus relevan tetapi juga menetapkan hala tuju yang positif untuk usaha masa depan kami.”

Pencapaian yang diperoleh ini secara tidak langsung telah membawa Hot FM ke satu tahap yang lebih baik. Pengiktarafan yang diterima mencerminkan daya tarikan unik dan impak hot FM di seluruh landskap media Asia, menunjukkan pendekatan inovatif dan kandungan harian yang menarik.

Hot FM mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang komited, peminat setia, dan masyarakat umum atas sokongan berterusan mereka. Anugerah-anugerah ini memberi dorongan kepada Hot FM untuk terus berinovasi dan menghiburkan pendengar kami dengan kandungan yang menarik dan berkualiti.