- AG Azmeer, fafau, fafau hot, fafau hot fm, Fara Fauzana, hot fm, hot fm johan, hot fm kj, hot fm no 1, Johan, johan hot fm, Radio No 1 di Malaysia
- 0 Comments
- 919 Views
Hot FM telah mencipta sejarah apabila mencatatkan jumlah pendengar mingguan tertinggi sebanyak 3.8 juta, sekaligus menjadikan Hot FM sebagai stesen radio pilihan pertama di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan sepenuhnya oleh Nielsen. Nielsen sebagai sebuah entiti penyelidikan yang berkualiti di seluruh dunia ini telah menjalankan kempen dari tempoh Januari 2022 hingga Disember 2022. Kajian yang dilakukan merangkumi soal selidik secara offline, temuramah bersemuka dan tinjauan atas talian sebanyak 10000 respon yang dipilih.
Hot FM mencatatkan kejayaan besar, menerima peningkatan sebanyak 464,000 pendengar atau 14% berbanding tinjauan yang lepas. Selain itu, angka menakjubkan juga dapat dilihat menerusi hasil kaji selidik tersebut untuk jumlah pendengar bulanan dimana Hot FM merekodkan 4.8 juta pendengar. Hot FM berjaya memonopoli platform digital dengan mencatatkan 31.1 juta pendengar digital setakat Mac 2023, angka yang direkodkan menerusi data daripada Radioactive, Whooshkaa, YouTube Streaming & Joox.
Nafas baharu diberikan kepada Hot FM bermula dengan kemasukan semula Fara Fauzana dan AG sebagai penyampai utama di segmen pagi. Dua ikon radio ini amat sinonim dengan stesen Hot FM dan para pendengar, menjadikan pemilihan mereka untuk menerajui Hot FM satu langkah terbaik dan paling sentimental buat stesen dan pendengar. Ketika pandemik, Program Amal COVAiD #BaikSemula yang diterajui oleh Hot FM dijalankan bagi mengumpul dana untuk para petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan COVID-19. Lebih 30 artis dan selebriti Hot FM berganding bahu untuk menampilkan konsert selama 24 jam yang bersiaran dari rumah, sambil mengajak orang ramai beramal menerusi saluran yang ditetapkan.
Kemudian, Hot FM sekali lagi memberi kejutan dengan membawa masuk penyampai dari gelanggang lawan iaitu Johan untuk berganding bersama Fara Fauzana dan AG. Maka terhasilnya segmen pagi yang penuh dinamik dan unik, Bekpes Hot. Gandingan 3 nama mega dalam bidang hiburan tanah air ini membuka peluang buat Hot FM untuk merangka pelbagai jenis kempen dan acara buat pendengar setia. Kempen-kempen seperti Piknik Hot dan Siaran Luar Bekpes Hot telah berjaya mendekatkan Hot FM bersama para pendengar secara ‘on-ground’ setelah hampir 2 tahun tempoh kuarantin.
Tahun 2023 setakat ini memberi impak yang amat positif buat Hot FM, dengan strategi hebat dirangka untuk lebih mengukuhkan kedudukan. Elemen unik dan kejutan sentiasa menjadi DNA kepada pasukan Hot FM apabila mencipta sesuatu idea pengisian atau kempen. Tiada siapa sangka ahli politik dan bekas Menteri yang amat berpengaruh Khairy Jamaluddin (KJ) ditawarkan untuk menjadi penyampai radio Hot FM secara terbuka di laman Instagram. Ibarat bulan jatuh ke riba, tawaran spontan itu diterima oleh beliau dan KJ kini sah bergelar penyampai radio Hot FM, digandingkan bersama Johan, Fara Fauzana dan AG menerusi segmen Bekpes Hot.
Bermula pada Februari lalu, gandingan ini telah membawa kepada lonjakan 75% yang mengagumkan dalam strim digital secara langsung laman sesawang Hot FM dan aplikasi Audio+, serta peningkatan 139% dalam paparan halaman unik. Peka dengan kehendak dan keperluan pendengar dan rakyat Malaysia secara am, Hot FM telah menganjurkan kempen terbesar yang pernah dianjurkan oleh stesen radio di Malaysia, Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) dimana kempen utama Hot FM ini telah menawarkan wang tunai berjumlah RM300,000 kepada seorang pendengar yang bertuah. Kempen ini merupakan satu kejayaan besar kerana telah menerima lebih 19,000 sepanjang 5 minggu kempen berlangsung. Selain itu, Hot HWSP mencatatkan capaian mengagumkan sebanyak 6 juta di media sosial dan 4.3 juta engagements di media sosial sepanjang tempoh kempen. Langkah Hot FM tidak akan terhenti disini, malah akan sentiasa bergerak mengikut keperluan dan peredaran seperti yang dirancang. Keputusan yang dicapai seabagi stesen radio nombor satu di Malaysia ini adalah hasil daripada jerih perih yang dilalui. Tiada yang lebih ulung daripada perasaan menjadi yang terbaik. Terima kasih daripada Hot FM buat semua yang sentiasa bersama.