Hot FM Roda & Ringgit

Awal September lalu Hot FM telah menjalankan kempen terbaru iaitu Hot FM Roda dan Ringgit. Kempen ini dijalankan buat pendengar setia mereka. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu wang tunai bernilai sehingga RM10,000 dan sebuah kereta Myvi.
Dengan langkah yang mudah pendengar hanya perlu mendengarkan Hot FM sepanjang hari untuk menantikan isyarat memanggil. Pendengar yang menjadi pemanggil terpantas perlu menyebutkan kata kunci yang merupakan slogan baru Hot FM iaitu Kini Lebih Muzik yang Hangat.
Setiap pemanggil yang berjaya akan memenangi RM100 dan access ke Grand Finale yang berlangsung pada 25 September bagi merebut peluang membawa pulang sebuah kereta Myvi. Pendengar Hot FM bertuah yang membuat panggilan pada waktu bonus pula berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM200.
Seramai 52 orang pendengar telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit. Tetapi yang layak ke peringkat akhir hanya seramai 10 orang pendengar saja. Mereka ini layak selepas berjaya menjawab soalan yang telah diberikan dan terpilih daripada 52 orang keseluruhan peserta.
Tuah Grand Finale Roda dan Ringgit berpihak kepada saudara Divagaar a/l Siva dari Klang. Beliau berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan seterusnya berjaya memenangi sebuah kereta Myvi pada cabutan kedua kunci Hot FM Roda & Ringgit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar yang telah menyertai Hot FM Roda & Ringgit dan tahniah kepada pendengar yang terpilih kerana berjaya memenangi sebahagian daripada RM10,000 dan pemenang utama Divagaar a/l Siva yang telah berjaya memenangi sebuah kereta Myvi. Kami berharap para pendengar akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan Hot FM selepas ini. Juga, pastikan anda muat turun aplikasi Audio+ untuk peluang menang hadiah menarik di kempen akan datang di Hot FM bermula 27 September ini.”