- buletin fm, fly fm, Gangguan LRT, hot fm, hot fm no 1, LRT Kelana Jaya, no 1 hot fm, Pasar Seni, Prasarana, radio no 1 hot fm
- 0 Comments
- 113 Views
PETALING JAYA, NOVEMBER 2022 – Pertama kali dalam sejarah laluan LRT ditutup dalam tempoh yang lama setelah 25 tahun beroperasi. Perakara ini telah menambahkan kegusaran kepada kerana mengganggu perjalanan harian pengguna seperti menuju ke tempat kerja, sekolah, ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.
Selaras dengan pengumuman mengenai gangguan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga ke Ampang Park yang mengambil masa seminggu bagi proses penyelenggaraan, stesen-setesen radio di bawah naungan Media Prima Audio (MPA), Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM dan 8FM telah mengambil inisitiatif untuk menyediakan kendaraan perantara sejak hari pertama untuk membantu para pengguna tiba ke destinasi yang mereka tuju secara percuma.
Kenderaan-kenderaan tersebut dipandu oleh penyampai radio seperti Johan, Fizi Ali dan krew-krew Media Prima Audio. Antara kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan seperti di LRT Pasar Seni, LRT Ara Damansara, LRT Bangsar dan LRT Damai.
Hebahan mengenai inisiatif ini mendapat sambutan orang ramai dan pihak MPA amat bergembira kerana usaha kecil ini dapat memudahkan urusan perjalanan mereka.