- dj nazz molek, fm molek, Gu Pantai Timur, Mat Dan, Mek Zura, molek, Molek FM, molek fm pantai timur, Oghe Molek, pantai timur
- 0 Comments
- 3426 Views
PETALING JAYA, NOVEMBER 2022 – Walaupun menjadi antara stesen termuda di bawah naungan Media Prima Audio apabila dilancarkan pada Januari tahun ini, stesen Molek FM meraih sambutan hangat daripada pendengar dari hari ke hari. Stesen yang pada awalnya memberi tumpuan untuk memberi hiburan kepada penduduk pantai timur ini menjadi tidak asing lagi buat warga pantai timur yang menetap di Lembah Klang yang mendengarkan melalui aplikasi digital Audio+.
Pada September yang lalu, Molek FM melebarkan sayap ke Kuantan, Pahang menerusi frekuensi 100.4 FM. Sehubungan dengan itu, pencapaian Molek FM tidak dapat disangkal apabila baru-baru ini mencatat peningkatan jumlah pendengar sebanyak 300% melalui saluran digital sejak awal penubuhannya.
Molek FM juga tidak melepaskan peluang seperti stesen radio yang lain untuk menganjurkan kempen dan program bagi menghargai pendengar dan penyokong setia. Molek FM telah menganjurkan kempen Oghe Molek dengan kerjasama O’Betty by Glow Glowing dimana pendengar perlu mendapat klu di media sosial dimanakah keberadaan ‘Oghe Molek’, kemudian pergi mencari berdasarkan klu yang diberi dan menyapa sosok yang diyakini dengan dialog “Gu, Demo Oghe Molek Ko?”. Mereka yang meneka dengan betul telah memenangi sebahagian daripada RM20,000.
Kempen ini mendapat galakkan yang amat memberansangankan apabila para pendengar di sekitar Pantai Timur berlumba-lumba untuk mencari siapakah dan dimanakah lelaki misteri yang dikenali sebagai “Oge Molek”. Antara kawasan-kawasan yang telah dijejaki Oghe Molek seperti di sekitar Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Barisan penyampai radio Molek FM seperti Mek Zura, Fizie Roslan, Mat Dan, DJ Nazz, Khai dan Kamilia juga turut sama terlibat mengendalikan segmen ini pada siaran ditetapkan. Molek FM akan sentiasa berusaha untuk menghiburkan pendengar melalui keunikan bahasa yang disampaikan, kandungan yang berkualiti dan program yang menarik terutama buat pendengar yang berada di Pantai Timur.