BULETIN FM INGIN TERUS MENJADI STESEN RADIO YANG PEKA TERHADAP MASYARAKAT DAN ISU SEMASA

PETALING JAYA, NOVEMBER 2022 – Buletin FM dalam memacu menjadi stesen radio pertama yang menyediakan ruang kepada usahawan-usahawan untuk terus menggilap potensi dalam dunia perniagaan. Usahawan Masterclass mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak dianjurkan pada awal tahun 2022. Kempen ini didorong untuk terus dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan sejak pandemik dan juga hilang sumber pendapatan. 

Melalui Usahawan Masterclass, pelbagai ilmu yang boleh dipelajari melalui perkongsian daripada tokoh-tokoh usahawan hebat bagi memastikan perniagaan yang dibangunkan kukuh dan berdaya saing. 

Justeru, di bawah kempen Usahawan Masterclass, Buletin FM juga telah memperkenalkan kempen menarik melalui Kempen Barber Bergerak Buletin, Usahawan Masterclass dan Buletin Belanja Beriani buat para pendengar setia Buletin FM. Kempen dan aktiviti yang dijalankan bukan sekadar membantu dari segi kewangan malah membantu dalam penjenamaan usahawan kecil untuk terus melangkah kedepan dengan idea-idea yang baru. 

Bagi Kempen Usahawan Masterclass Buletin FM (UMB), pendengar berpeluang untuk memenangi dana perniagaan berjumlah RM5,000 dan slot iklan radio bernilai RM45,000 serta geran digital PKS bernilai RM10,000 dengan menghantar idea-idea mengenai perniagaan yang mereka sedang jalankan atau yang masih dalam perancangan.

UMB yang diadakan pada setiap minggu bermula 15 September sehingga 13 Oktober 2022 telah dimeriahkan oleh panel juri yang juga merupakan berpengalaman dan pakar dalam bidang keusahawanan seperti Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Bhd , Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Amani Media Sdn Bhd, Dato KK Chua, Pengasas Noir Health & Beauty Sdn Bhd, Madammu, Jurulatih Jakim, TS Dr Khairil Anwar Razali, Ketua Pengarah MyIPO, Encik Abdul Haris Haji Lakar dan Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn. Bhd, Datin Adzliana. 

Juara Usahawan Masterclass Buletin FM pada musim kali ini dimiliki oleh Muhammad Hafiz Najmudin Abu Bakar, Pemilik Apis Sparepart Shop, Wan Nurnadiah Wan Mohd Jamil, Cryocloud Ice Cream dan Siti Suraya Binti Shariff, Pemilik Sorrelilicious Legacy. Tahniah kepada kesemua pemenang bagi Usahawan Masterclass Buletin FM di Pusingan 1 sehingga 3 yang berjaya membawa pulang wang bernilai RM60,000 ringgit dan pakej pengiklanan di radio Buletin FM!

Di samping itu, Segmen Buletin Belanja Beriani dilaksanakan untuk meraikan pendengar bertuah Buletin FM di Restoran Kapitan Tandoori House Triangle, Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh penyampai Buletin FM seperti Izwan Azir, Marsila Hassan dan Hanif Miswan. 

Barber Bergerak Buletin yang dijayakan adalah kolaborasi bersama Yayasan Kebajikan Negara yang dianjurkan di dua buah tempat iaitu di Anjung Singgah, Georgetown, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2022 dan di Anjung Kelana, Taman Desa Kuala Lumpur pada 23 September 2022 yang lalu.

Tujuan utama kempen Barber Bergerak Buletin ini dianjurkan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan untuk mendapatkan servis potongan rambut secara percuma. 

Program dan kempen yang dijayakan oleh Buletin FM tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi stesen radio yang sentiasa prihatin terhadap isu-isu dan masalah yang dihadapi masyarakat. Buletin FM juga berazam untuk menjadi stesen radio yang sentiasa peka dan dekat di hati komuniti Malaysia dan akan terus memberi perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by buletinfm (@buletinfm)