Selepas kejayaannya dalam menjenamakan semula platform radio Media Prima pada Ogos lalu, Media Prima Audio (MPA) kini mengumumkan pembukaan stesen radio baharu di bawah naungannya iaitu Molek FM.
Dengan tagline Gu Pantai Timur, ianya akan menjadi sebuah stesen radio yang akan memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan tradisi setempat serta akan memainkan muzik terbaik yang dikenali ramai.
Molek FM menyasarkan pendengar berusia 18 hingga 39 tahun serta memberi fokus sasaran kepada pendengar di sebelah pantai timur terutamanaya di negeri Kelantan dan Terengganu.
Barisan penyampai dan pengisian stesen radio Molek FM akan diumumkan pada sidang media yang akan berlangsung pada 7 Januari nanti.
Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.
Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molek FM, Instagram @molekfm dan Twitter @MolekFM serta YouTube Molek TV.