STRATEGI HOT FM DALAM MENGHASILKAN KANDUNGAN BERKUALITI

PETALING JAYA, NOVEMBER 2022 – Menjadi antara pilihan radio utama di Malaysia, Hot FM mengorak langkah dengan membawa kreativiti tersendiri dalam menjayakan kempen dan program sejak Ogos hingga Oktober baru-baru ini. Semestinya setiap program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dan dengan tujuan utama untuk menghargai pendengar serta penyokong setia Hot FM.

Piknik Hot yang mula berlangsung pada 20 Ogos 2022 hingga 10 September 2022 dengan kolaborasi bersama syarikat pembekal roti pertama di Malaysia, Gardenia. Piknik Hot adalah berkonsepkan berkelah secara santai sambil dihiburkan oleh penyampai radio Hot FM seperti Johan, Fara Fauzana, AG, Ayu, Fad, Fizi Ali dan Imran Aqil serta  kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Kaka Azraff, Aman Aziz, Neeta Manisha, Nikki Palikat, Ronnie Hussein, Nuha Bahrin, Naufal Azrin dan ramai lagi.

Kempen ini turut dimeriahkan lagi dengan menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 buat pendengar bertuah Hot FM yang hadir dengan syarat pembelian minimum RM10 bagi produk Gardenia dan melayakkan mereka untuk menyertai cabutan bertuah yang berlangsung di segmen Bekpes Hot pada hari Isnin berikutnya.

Hot FM juga telah melaksanakan kempen Misteri Lagu “Di” Hot FM di mana pendengar hanya perlu menjadi pemanggil terpantas kemudian meneka tajuk lagu serta penyanyi menerusi petikan lagu yang mempunyai perkatan “Di”, dan berpeluang memenangi sebahagian wang dari RM10,000. Kempen ini berlangsung dari pagi sehingga malam bersama penyampai radio Hot FM bermula pada 12 September 2022 dan berakhir pada 30 September 2022 yang lalu.

Menurut Ketua Rangkaian kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, Kempen Misteri Lagu “Di” Hot FM telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar. Keterujaan dan penyertaan yang memberansangkan oleh pendengar-pendengar untuk merungkai misteri “Di” di dalam lagu. Modus permainan adalah pendengar perlu mengumpul klu harian bagi mendapatkan jawapan yang betul dan seterusnya memenangi wang yang terkumpul yang semakin meningkat pada setiap hari.

Kempen Hot FM tidak berhenti disitu sahaja apabila mereka hadir dengan kempen yang lebih menarik iaitu Hot Ha Ha Ha Ngat dan juga menawarkan sebahagian wang kepada pendengar sebanyak RM10,000. Kempen ini dijalankan dengan kolaborasi bersama syarikat kosmetik tempatan, Sobella. 

Hot Ha Ha Ha Ngat berlangsung di Segmen Bekpes Hot dimana pendengar perlu teka suara artis yang menyebut “Ha Ha Ha Ngat” menerusi klip yang disediakan melalui Instagram Hot FM. Pendengar juga perlu mengumpulkan klu jawapan dan menunggu isyarat memanggil untuk memenangi sebahagian daripada wang tersebut. 

Sehubungan dengan itu, Hot FM akan terus menyajikan pelbagai isi kandungan dan kempen yang interaktif buat para pendengar yang sentiasa menyokong Hot FM. Hot FM juga menghargai usaha-usaha pasukan sekerja, penyampai radio, selebriti dan kolaborasi bersama organizer dan syarikat-syarikat. Penglibatan mereka adalah tonggak kepada kejayaan kepada pelaksanaan kempen dan program yang telah dijalankan.