- bobby san, bobbysan, bobbysan and co, bobbysan x hot fm, hot, hot fm bobby san, hot fm streetwear, hot fm x bobby san, hotfm, street wear
- 0 Comments
- 424 Views
Hot FM dengan sukacita mengumumkan kerjasama eksklusif dengan jenama pakaian tempatan yang melonjak naik, Bobbysan Supply, dalam menghasilkan koleksi terkini dan terhangat, iaitu “Bobbysan x Hot FM Ice Hockey Jersey”. Pelancaran ini adalah tanda penghargaan kepada kejayaan berterusan Hot FM yang terus diterima oleh pendengar di Malaysia dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Stesen Radio No. 1 di Malaysia.
Dengan tema “Daripada Lokal Untuk Lokal”, kerjasama ini adalah bukti komitmen Hot FM untuk sentiasa menyokong dan mempromosikan jenama tempatan. Ini bukan sahaja melibatkan muzik dan industri hiburan, tetapi kini merangkumi dunia fesyen tempatan. Kerjasama dengan Bobbysan Supply menunjukkan bahawa Hot FM bukan sekadar radio; ia adalah gaya hidup yang menghiburkan, menyampaikan maklumat terkini, dan kini sebagai salah satu ikon fesyen yang diterima masyarakat. Kolaborasi eksklsusif “Ice Hockey Jersey” ini menampilkan 2 warna berbeza iaitu “Home” berwarna merah & “Away” berwarna biru gelap.
Pemilihan Bobbysan Supply sebagai rakan kerjasama adalah berdasarkan keunikan dan matlamat yang dikongsi bersama – untuk sentiasa menjadi yang terbaik dalam pasaran masing-masing. Ini adalah simbolik kepada dedikasi kedua-dua jenama untuk mencapai kecemerlangan, inovasi dan terus memberikan suntikan luar biasa dalam industri hiburan & pakaian tempatan. Ini telah menunjukkan betapa serious Hot FM untuk keluar daripada zon selesa kami iaitu bidang penyiaran kepada bidang “Streetwear” serta dapat menangkap “market” baru yang belum pernah kami terokai.
Pengasas dan rakan kongsi Bobbysan Supply, Zahiril Adzim & Nafiez Zaidi “Kami memandang kolaborasi ini sebagai satu kontribusi yang sangat baik kepada scene local brand. Terciptanya Bobbysan ini pada awalnya adalah kerana ingin menjadi penyumbang kepada scene local brand agar local brand terus mendapat tempat dan diterima orang ramai dengan luasnya. Pernah suatu masa, local brand meriah dan pernah juga merundum tetapi hari ni kita dapat lihat ia semakin meningkat naik semula. Kami sangat berbangga dan berterima kasih kepada Hot FM di atas kolaborasi ini, seterusnya Hot FM bertindak juga sebagai penyumbang kepada kebangkitan local brand”
Mulai semalam, 24 Julai 2024, peminat dan pengikut Hot FM dan Bobbysan Supply boleh mendapatkan koleksi eksklusif ini di akaun TikTok bobbysansupply serta pada 25 Julai 2024 boleh didapati secara langsung di laman sesawang www.bobbysansupply.com atau di kedai fizikal mereka yang terletak di Trivo Suria Jelutong, Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor. Harga jualan rasmi adalah RM RM159.00. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial @Bobbysan Supply atau Hot FM di @hotfm976.
Selain itu, Hot FM juga dengan bangganya mengumumkan beberapa siri kempen luar biasa yang bakal berlangsung tahun ini. Antaranya adalah:
- Fafau Healing – Siri ini adalah kesinambungan daripada siri sebelumnya di mana Fara Fauzana akan mengajak peminat bertuah untuk “Healing” bersama-samanya pada hujung minggu ini, 27 Julai, di The Hutton Retreat, Jelebu Negeri Sembilan. Kempen yang memfokuskan Single ladies dan dengan tema “Its okay to be single”. Dan antara aktiviti yang akan dijalankan adalah , bengkel “image consultant”, sesi mempelajari pertahanan diri, sesi bersama Dai Hidayu dalam memberi kata kata motivasi & perangsang kepada peserta.
- #KhairyJawab – Segmen #KhairyJawab yang dipimpin oleh KJ bersiaran setiap hari Isnin, memberi peluang kepada pendengar untuk bertanyakan sebarang soalan kepada KJ menerusi hantaran soalan di talian whatsapp Hot FM. Selepas mendapat reaksi dan sambutan yang menggalakkan, Hot FM membawa #KhairyJawab ke luar studio. Kempen ini akan berlangsung pada 3 Ogos di Semua House, Kuala Lumpur, di mana peminat Hot FM boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan secara langsung kepada DJ kegemaran mereka, DJ KJ, dan akan dijawab secara langsung pada hari kejadian.
- Hot 5K Fun Run – Buat pertama kalinya, Hot FM akan menganjurkan acara larian ini yang dijadualkan berlangsung pada 15 September 2024 di Putrajaya. Acara ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara personaliti Hot FM dan peminat serta mempromosikan gaya hidup sihat. Ini juga merupakan acara pemanas badan pagi untuk personaliti Hot FM bagi menjayakan misi luar biasa mereka pada bulan November nanti.
- Clash Of Champions – Kempen yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Hot FM, di mana KJ atau Khairy Jamaluddin akan berentap dalam aksi Muay Thai bersama bekas peninju ONE Championship iaitu Saiful Merican pada 5 Oktober 2024. Info lanjut akan dimaklumkan kelak. Kempen ini dianjurkan atas kerjasama Hot FM & Merican Muay Thai.
- Bekpes Hot, Misi Tawan Puncak Kinabalu – Kempen kemuncak serta utama Hot FM pada tahun ini akan diadakan pada bulan November nanti. Kempen ini dilangsungkan untuk membuktikan bahawa Hot FM National Park terus menuju ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah, bermula daripada jam 6 pagi hingga ke 6 pagi keesokan harinya. Serentak dengan itu, Hot FM juga ingin memecahkan Malaysia Book Of Records buat kali ke-2 selepas kejayaan siaran luar terpanjang pada bulan Mei lalu.
Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan, berkata, “Kerjasama ini adalah satu langkah besar bagi Hot FM dalam usaha untuk terus relevan dan dekat di hati “fans” kami. Objektif utama kolaborasi di adalah kami ingin membuktikan bahawa Hot FM bukan sekadar untuk didengar tetapi jenama Hot FM boleh berada di mana-mana sebagai contoh kami boleh dilihat di media sosial, kaca tv, di dijalanan dan sekarang kami boleh berada dalam industri “lifestyle”. Sebut je Hot FM kami akan berada di mana-mana.
Kami bangga dapat bekerjasama dengan Bobbysan Supply dan kami percaya kolaborasi ini akan mendapat sambutan hangat daripada peminat kami serta Bobbysan Supply. Selain itu, kempen-kempen yang kami anjurkan tahun ini adalah untuk menunjukkan bahawa Hot FM sentiasa serious dan terus mendominasi industri radio di Malaysia mahupun di asia. Hot FM berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan terus menyokong lalu menjadikan kerjasama ini satu realiti. Kami berharap semua peminat akan teruja dan dapat menikmati koleksi eksklusif ini serta kempen yang telah kami sediakan ini.