- aisha mazlin, Fara Fauzana, Fizi Ali, Fizi Ali Cari Jodoh DJ, hot squad, hotfm, Jadi DJ, media prima audio, Pesanan Khidmat Masyarakat, psa, The Paddock
- 0 Comments
- 3326 Views
Program Fizi Cari Jodoh telah mula dilaksanakan pada 8 Januari lalu yang memberi ruang kepada orang ramai tidak mengira latar belakang untuk menghantar penyertaan dan menonjolkan potensi sebagai penyampai radio. Antara yang mencuba peluang adalah dikalangan pelajar, selebriti, ahli sukan dan influencer.
Kempen ini dijalankan melalui platform media sosial seperti Instagram dan TikTok dan menjadikan saluran utama untuk orang ramai menghantar penyertaan mereka dengan memuat naik demo video duet bersama penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan perlu mengikuti syarat-syarat dan terma yang ditetapkan.
Melalui puluhan penyertaan, hanya 16 orang peserta sahaja yang terpilih ke pusingan saringan pertama dan 6 orang yang telah melayakkan diri ke pusingan terakhir. Pelbagai cabaran yang perlu mereka laksanakan antaranya berkeudara bersama Fizi Ali di segmen Hot Squad, menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kelas harian bersama Fizi Ali serta penyampai radio Hot FM yang lain, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan serta konten digital.

Hampir lima minggu kempen Fizi Cari Jodoh DJ berlangsung, Aisha Mazlin telah dinobatkan sebagai ‘Jodoh’ yang dicari bagi bergandingan dengan Fizi Ali di segmen Hot Squad jugamembawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 serta kontrak selama setahun bersama Hot FM.
Disamping itu penyampai radio Hot FM, ‘’Fizi Ali berkata kesemua peserta telah menunjukkan usaha serta prestasi yang cukup memberangsangkan. Saya amat berterima kasih kepada kesemua peserta yang telah menghantarkan penyertaan mereka untuk Fizi Cari Jodoh DJ ini. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Saya harap yang tidak berjaya pada malam ini akan terus sukses dengan apa jua jalan yang mereka pilih.”
Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, “Shah Hayatudin berkata tahniah kepada Aisha Mazlin dan selamat datang ke keluarga Hot FM! Setiap daripada mereka yang menyertai program yang berjaya ini mempunyai bakat dan kemahiran yang sangat luar biasa. Hot FM akan terus berusaha untuk mengembangkan bakat baru dan terima kasih kepada setiap orang yang telah menyertai program Fizi Cari Jodoh DJ ini. Duo terbaharu Fizi Ali dan Aisha Mazlin ini akan menjadi salah satu gandingan yang terbaik untuk pendengar Hot FM diluar sana. Teruskan mendengar Hot FM sepanjang hari serta nantikan kempen-kempen yang menarik di Hot FM.
Aisha bersama 6 lagi finalis iaitu Asha Faudzi, Affiq, AG Hafiz, Aleya Lee dan Nisa Kay telah berentap di pusingan akhir Fizi Cari Jodoh DJ pada hari ini yang berlangsung di The Paddock, PJ pada 5 Februari 2023.

