- Baby Car Seat, Joei Car Seat, Kool 101, R129
- 0 Comments
- 150 Views
Petaling Jaya, 7 November 2023 – Stesen radio di bawah MPA, Kool 101 telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Joei, sebuah jenama yang terkenal dalam bidang keselamatan dan keselesaan kanak-kanak, melalui perjanjian yang ditandatangani untuk membantu menyebarkan kesedaran mengenai penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau car seat.
Joei telah memperkenalkan kempen revolusioner, “Ride Safe. Ride Smart. Ride R129” untuk memberitahu orang ramai mengenai standard terbaharu car seat Eropah dan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul, mengikut kriteria anak-anak. Kempen R129 adalah inisiatif proaktif oleh SNS Products Sdn Bhd, pengedar sah jenama Joie di Malaysia, yang dinamakan sempena standard keselamatan terkini iaitu ECE R129 yang lebih canggih, selamat, dan mesra pengguna. Tujuan kempen ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran ibu bapa di Malaysia tentang standard keselamatan terkini serta pentingnya menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Statistik tentang kesedaran penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kenderaan amat membimbangkan dikalangan rakyat Malaysia terutama ibu bapa. Isu ini memerlukan tindakan segera daripada semua pihak, dan adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan anak-anak kita dilindungi semasa dalam kenderaan. Kool 101 mengakui kepentingan misi ini dan mengambil inisiatif untuk menjadi peneraju dalam advokasi kerusi keselamatan kanak-kanak. Mereka bekerjasama dengan pertubuhan keselamatan kanak-kanak, pakar-pakar, dan pengaruh utama dalam bidang keselamatan kanak-kanak untuk menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak semasa berada dalam kenderaan.
Sehubungan dengan itu, majlis menandatangani kerjasama strategik ini telah dihari oleh pihak pengurusan MPA dan Joei yang bertindak sebagai penganjur kempen. Joei akan mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan mempamerkan semua model kerusi keselamatan R129, membolehkan masyarakat tempatan melihat dan merasai sendiri pengalaman menggunakan kerusi keselamatan buatan terkini. Secara tidak langsung menyebarkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai standard keselamatan terbaharu ECE R129. Sebagai radio rasmin Kempen R129, Kool 101 merangkap radiom rasmi mengambil tanggungjawab untuk mendidik ibu bapa dan orang awam mengenai kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Perjanjian kerjasama strategik antara Kool 101 dan Joie ini disempurnakan oleh Pengarah Rangkaian Kumpulan Fly FM, Molek FM & Eight FM, Murali Dharan Marimuthu, serta Pengarah Urusan SNS Products Sdn Bhd, May Hwong. Turut hadir dalam majlis ini penyampai radio Kool 101 daripada segmen Pagi On Point, Haiza dan Muaz, serta pihak pengurusan, Ainul Farhana Razali. Selain daripada kerjasama ini, Joie juga mengambil inisiatif untuk menyampaikan mesej dan meraih lebih ramai orang dengan bekerjasama dengan pengaruh ibu bapa dan tokoh-tokoh pendapat utama (KOL) seperti Fizie HotFM, Dayana Roza, Dr Fie Tawfek, Alia Ishak, Didiyana Ehsan, Apple Cheong, Deen bekas penyampai HotFM, Reena Zach, dan lain-lain.
Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, Shah Hayatudin berkata mengenai kerjasama strategik ini, “Kempen seperti ini perlu diketahui oleh ramai orang, dan ia direka untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pemilihan yang betul, pemasangan, dan penggunaan kerusi kanak-kanak bagi memastikan setiap perjalanan kereta selamat dan terjamin bagi bayi atau kanak-kanak dalam keluarga. Pada masa yang sama, kami di Kool 101 berpendapat bahawa kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan. Kami sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada kempen Ride Safe. Ride Smart. Ride R129 untuk memperluas pengetahuan mengenai penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada ibu bapa melalui radio.”
Pengarah Urusan, SNS Products Sdn Bhd, May Hwong turut memberi komen, “R129 kini menjadi standard tunggal di EU, mencerminkan perubahan global dalam industri keselamatan kerusi kanak-kanak. Walaupun Malaysia masih berada di peringkat awal dalam hal keselamatan penumpang kanak-kanak, adalah penting bagi kita untuk memperjuangkan dan sentiasa mengikuti perkembangan standard keselamatan terkini. Bukan itu sahaja, kerjasama kami dengan Joie menegaskan komitmen kami terhadap keselamatan kanak-kanak, dan kempen ini adalah bukti dedikasi kami untuk memberi impak positif dalam komuniti kita. Kami percaya setiap kanak-kanak layak berada di dalam keadaan yang selamat semasa di dalam kenderaan, dan kempen ‘Ride Safe. Ride Smart. Ride R129’ adalah langkah penting arah tersebut.”
Diharapkan kerjasama yang bermakna ini dapat memberikan impak positif kepada komuniti mengenai kesadaran dalam menjaga keselamatan anak-anak terutama di dalam kenderaan. Setiap kanak-kanak di dunia berhak mendapat pelindungan dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Teruskan mendengar Kool 101 untuk banyak lagi informasi dan perkembangan terkini.