Hot FM Kekal Radio No.1 di Malaysia, Hampir 4 juta Pendengar Mingguan

PETALING JAYA, 12 November 2024 – Laporan terkini dari Kajian Nielsen Consumer & Media View (CMV) Survey 1, 2024 (Julai 2023 – Jun 2024) sekali lagi membuktikan hubungan yang rapat antara rakyat Malaysia dan stesen radio kegemaran mereka. Dengan 5.8 juta peminat yang mendengar setiap minggu, radio kekal sebagai sebahagian penting dalam kehidupan harian seluruh negara dengan menawarkan keselesaan, muzik, dan kisah yang menyentuh hati.

Hot FM: Masih Kekal Stesen Radio No #1 di Malaysia
Hot FM terus meraih kepercayaan dan kesetiaan rakyat Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio #1 di negara ini dengan 3.8 juta peminat. Dalam slot waktu 9 pagi hingga 11:59 pagi, stesen ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.3%, membuktikan bahawa rakyat Malaysia suka memulakan hari mereka dengan gabungan muzik, hiburan, dan perbualan yang menarik dari Hot FM.

“Kami sangat berbangga dapat mengekalkan kedudukan teratas ini—ini adalah cerminan dari ikatan mendalam yang kami kongsi bersama peminat kami,” kata Raja Khairil Idris Raja Aznan, Pengarah Kandungan Senior Hot FM. “Setiap rancangan, lagu, dan kandungan yang ada di Hot FM dibuat khas untuk peminat kami. Ini kerana kami nak pastikan bahawa kami sentiasa dekat bersama peminat dan komuniti di Malaysia. Kerana mereka mendengar kami, kami juga mendengar mereka. Kami juga sentiasa berusaha untuk mencipta kandungan yang mereka gemari, sama ada melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti Bekpes Hot 5KM Fun Run, OB di dalam kereta api, atau peraduan-peraduan yang menarik.”

Fly FM: Fokus kepada Apa yang Penting
Fly FM telah berkembang sebanyak 12.8%, meraih 2.4 juta peminat, sebagai bukti komitmen kami terhadap muzik tempatan dan meraikan wira tempatan. Peminat menerima kehadiran kami dalam kehidupan mereka setiap hari, tertarik dengan lagu-lagu yang mencerminkan apa yang paling penting kepada mereka.

Kool 101: Menghubungkan Melalui Kandungan Yang Menyentuh Hati
Kool 101 mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 65.4%, dengan jumlah peminat mencecah 387,000 orang. Pertumbuhan ini, terutamanya dalam slot waktu 9 pagi hingga 11:59 pagi, menunjukkan ikatan peminat kami dengan lagu-lagu dan kisah yang mencerminkan dunia mereka sendiri, membina rasa kekitaan.

Molek FM*: Kebanggaan Pantai Timur
Molek FM mencatat peningkatan sebanyak 202,000 pendengar dengan jumlah 1.07 juta pendengar keseluruhan, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen bahasa Melayu terkemuka di Pantai Timur. Setiap kandungan, lagu, dan topik dipilih dengan teliti untuk memastikan Molek FM sentiasa dekat di hati komuniti Pantai Timur.

Eight FM: Suara Kepercayaan Pasaran Cina
Eight FM kekal sebagai pilihan setia bagi 363,000 peminat, menggabungkan perbualan dan muzik yang beresonansi dengan momen harian mereka. Sebagai pemain utama dalam kalangan stesen berbahasa Cina, Eight FM terus menyajikan kandungan yang mencerminkan kehidupan peminat kami.

Kami Mendengar Anda: Janji Kami kepada Peminat yang Menginspirasi Kami
Peminat kami adalah, dan akan sentiasa menjadi, keutamaan kami. Suara dan semangat mereka mendorong segala yang kami lakukan, menginspirasi kami untuk mencipta kandungan yang bukan sahaja menghibur tetapi juga bermakna. Seiring dengan pertumbuhan dan evolusi kami, kami kekal komited untuk mendengar dahulu—menghasilkan rancangan, muzik, dan momen yang mencerminkan apa yang paling penting kepada peminat. Sertai kami dalam perjalanan ini bersama Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool 101, dan Eight FM. Kami mendengar peminat kami kerana mereka mendengar kami, dan itu adalah janji yang kami pegang erat di hati.

*Sumber: GFK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2 2024