- Buletin Belanja Breakfast, buletin fm, FokusPagi, Haiza, Hanif Miswan, Izwan Azir, Marsila Hassan, Muaz, PenyampaiRadio, SekolahLembahKlang
- 0 Comments
- 2441 Views
Buletin FM telah menjalankan sebuah Kempen yang diberi nama Buletin Belanja Breakfast (BBB) dimana barisan penyampai radio Buletin FM berkunjung ke beberapa buah sekolah di kawasan Lembah Klang dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar sekolah.
Kehadiran mereka antaranya adalah Izwan Azir, Muaz, Marsila Hassan, Haiza dan Hanif Miswan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan membawa seribu keceriaan kepada pelajar dan guru.
Tujuan utama Buletin Belanja Breakfast dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mengambil sarapan pagi sebelum memulakan pembelajaran. Ini kerana, ramai di antara mereka yang tidak menitikberatkan untuk mengambil sarapan sebelum ke sekolah dan menyebabkan mereka sentiasa hilang tumpuan ketika sesi pembelajaran. Oleh kerana itu, sarapan yang berkhasiat penting untuk perkembangan minda dan tubuh badan mereka.

Tambahan, melalui kempen ini, penyampai mengambil peluang memberi suntikan semangat kepada pelajar dalam menceburi bidang hiburan dan komunikasi pada masa akan datang selari dengan kehadiran penyampai Buletin FM yang hadir daripada pelbagai latarbelakang. Antaranya penyanyi, pembaca berita semasa, pembaca berita sukan, pengacara program televisyen dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, kempen ini bukan sahaja membawa senyuman kepada para guru dan pelajar, malah barisan penyampai juga menyatakan bahawa mereka teruja melihat rutin yang berlaku di setiap sekolah kerana ianya menggamit kenangan mereka yang juga pernah menjadi seorang pelajar suatu ketika dahulu. Mereka juga mengambil peluang untuk bersama-sama pelajar sekolah menghadiri perhimpunan pagi, nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah serta bacaan ikrar.
Secara tidak langsung, melalui kempen ini dapat merapatkan jurang diantara pendengar tak kira umur dan bangsa. Bukan itu sahaja, Buletin FM juga membawa kelainan kepada pendengar dengan membawa tetamu jemputan untuk menjadi salah seorang penyampai radio dalam segmen Fokus Pagi.

