HOT HULUR WANG SAMA PENDENGAR (HWSP): RM 300,000 REZEKI TERPIJAK BUAT FARAH AMIRA

Hot FM mengambil langkah berani dengan menawarkan wang tunai dalam jumlah yang besar sebanyak RM 300,00 kepada pendengar melalui kempen Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) yang telah bermula sejak 6 Februari 2023 dan telah melabuhkan tirainya pada 11 Mac yang lalu. Farah Amira telah diumumkan sebagai pemenang tunggal yang berjaya membawa keseluruhan jumlah wang yang ditawarkan.

Di samping itu, peraduan ini mendapat perhatian umum dan telah disertai oleh ribuan pendengar sebanyak 19,030  namun hanya 29 finalis yang telah melayakkan diri ke peringkat ‘finale’ dan mereka perlu berentak untuk merebut wang tunai RM 300,00 melalui sebuah acara yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 11 Mac yang lalu. Mereka merupakan daripada pemenang bertuah kerana nama mereka telah dicabut secara rawak di radio serta sesi ‘live’ di TikTok dan ‘live’ Instagram Hot FM.

Pada pusingan akhir, mereka perlu berentap dengan menempuh 4 cabaran dan terdapat 2 peringkat penyingkiran dimana hanya 3 peserta yang terpantas sahaja dapat melayakkan diri untuk terus berkasi sehingga cabaran yang terakhir serta menjadi penentu siapakah yang bakal menikmati habuan sebanyak RM 300,000. Penyingkiran & markah diambil menerusi penentuan masa terpantas bagi setiap finalis yang bertanding.

Serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran menambah ”Hot FM berbesar hati untuk memberi bantuan kepada pendengar kita dikala kita semua sedang mengalami keadaan ekonomi yang kurang menentu. Jadi kami membawakan kempen Hot HWSP ini untuk memberi habuan atau hadiah kepada rakyat Malaysia khususnya pendengar Hot FM dengan hadiah wang berjumlah RM300,000. Dan insyallah untuk tiga tahun dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka. Ini adalah salah satu cara untuk kami hargai pendengar kami serta saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar yang telah menghantarkan penyertaan untuk menyertai Hot HWSP ini. Jangan rasa kecewa, insyallah di masa hadapan akan ada banyak lagi kempen serta program yang menarik dan anda semua boleh sertai.

Jutaan tahniah Media Prima Audio ucapkan kepada Farah Amira di atas kemenangan yang dirangkul dan sekalung penghargaan buat semua pendengar dan pasukan Hot FM yang telah menjayakan peraduan ini.