- hot fm, khairy jamaluddin, kj, kj di piknik hot, kj jadi dj, kj piknik hot, picnic hot, piknik, Piknik Bekpes Hot, Piknik Hot
- 0 Comments
- 232 Views
PETALING JAYA: Piknik Bekpes Hot telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan sejak kali pertama diadakan pada tahun lalu. Hot FM kini telah mengambil inisiatif untuk meneruskan acara Piknik Bekpes Hot untuk musim kedua dengan kerjasama daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar roti nombor satu di Malaysia, iaitu Gardenia. Acara ini telah berlangsung di empat lokasi yang berbeza bermula dari 5 Ogos 2023 dan berakhir pada 26 Ogos 2023.
Piknik Bekpes Hot adalah satu acara santai dan rekreasi yang sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu, bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam.
Acara ini turut mempunyai daya tarikan tersendiri dengan kehadiran personaliti dari Hot FM seperti Khairy Jamaluddin, Johan, Fara Fauzana, AG, Keymi, Fizi Ali, Aisha, dan Ayu, yang sedia beramah mesra dengan pengunjung. Selain itu, Piknik Bekpes Hot juga menawarkan persembahan daripada beberapa artis terkenal seperti Khai Bahar,Amir Jahari, Nabila Razali, Insomniacks, Bunga, Masdo, dan ramai lagi.
Menurut Shah Hayatudin, Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101, dan Digital), acara ini merupakan salah satu usaha stesen radio untuk menghargai para pendengar dan pada masa yang sama berinteraksi dengan mereka. Beliau menjelaskan bahawa konsep Piknik dipilih kerana kebanyakan konsert mewujudkan jurang di antara penganjur, artis, dan peminat yang hadir. Hot FM ingin memberikan pengalaman yang unik kepada pendengar dan mencipta kenangan yang bermakna untuk mereka.
“Tidak hanya itu, kerjasama istimewa dengan Gardenia sebagai penaja utama turut memberikan sentuhan khas kepada acara ini. Ini adalah hasil daripada kejayaan serta sambutan hangat pada tahun sebelumnya,” katanya.
Acara yang meriah ini turut menawarkan peluang untuk memenangi hadiah menarik, termasuk hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM3,500 dan kereta Nissan X-Trail sebagai hadiah utama. Pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ini dengan membeli pek kombo Gardenia bernilai RM10 di lokasi Piknik Bekpes Hot. Setiap pembelian akan diberi kupon cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai jenis hadiah.
Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran Gardenia, berkata bahawa kerjasama ini membolehkan peminat Gardenia mendapatkan pelbagai jenis roti dengan harga yang menarik. Selain itu, roti yang dijual adalah segar dan langsung dari kilang kepada pembeli. Beliau menjelaskan bahawa sambutan jualan roti kegemaran rakyat Malaysia di Piknik Bekpes Hot sangat mengagumkan, terutamanya dengan kehadiran peminat setia Hot FM. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mendekatkan jenama Gardenia kepada peminat setianya.
“Kami sentiasa berusaha untuk membawa kebahagiaan kepada peminat Gardenia menerusi produk kami, kerana tanpa mereka, jenama ini tidak akan berada di sini,” ujarnya.
Empat lokasi menarik telah dipilih untuk mewarnai acara ini, iaitu Mutiara Rini Park, Iskandar Puteri, Johor (5 Ogos 2023), Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang (12 Ogos 2023), Taman Metropolitan, Kepong (19 Ogos 2023), dan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (26 Ogos 2023).
Seluruh warga Hot FM amat menghargai kehadiran para pengunjung di Piknik Bekpes hot dan sama-sama memeriahkan acara tersebut. Harapan besar buat warga Hot FM untuk berpeluang meneruskan lagi acara ini pada masa akan datang. Terima kasih kerana setia bersama Hot FM.
Media Prima Audio juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjadi acara utama ini sebagai satu kejayaan. Teruskan mendengarkan Hot FM di frekuensi 97.6 atau strim secara atas talian melalui aplikasi Audio+. Ikuti perkembangan terkini Hot FM dengan mengikuti rangkaian media sosial Hot FM. Yang hangat dan terbaik!