- brand, Brand Laureate, brand of the year, Brand of the Year Award, Brand of the Year Award 2024, BrandLaureate, hot fm brand of the year, hotfm, Laureate, The BrandLaureate Brand of the Year Award 2024
- 0 Comments
- 1124 Views
Hot FM dengan bangganya mengumumkan pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Jenama Tahunan The BrandLaureate 2024 – DigiTech BestBrands Award untuk Kecemerlangan dalam Integrasi Media Digital, yang dianugerahkan oleh The World Brands Foundation (TWBF). Anugerah ini menekankan komitmen tidak berbelah bahagi Hot FM terhadap inovasi dan peranannya dalam mentransformasikan landskap radio Malaysia di era digital.
Majlis anugerah yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, meraikan usaha Hot FM untuk berhubung dengan peminat melalui inisiatif transformasi yang menggabungkan kreativiti dan teknologi. Pengiktirafan ini melengkapkan tahun penuh pencapaian bermakna, termasuk kejayaan meraih dua gelaran dalam Malaysia Book of Records, sekaligus mengukuhkan kedudukan Hot FM sebagai peneraju industri.
Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, berkata: “Terima kasih, BrandLaureate, atas pengiktirafan luar biasa ini! Anugerah ini adalah bukti kepada semangat, kreativiti, dan inovasi yang mendorong pasukan Hot FM setiap hari. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, dan seterusnya dijenamakan semula pada tahun 2021 di bawah Media Prima Audio, kami telah mentakrifkan semula radio dengan menggabungkan penyiaran tradisional dengan platform digital terkini, mewujudkan interaksi yang tiada tandingan melalui media sosial, penstriman, dan aplikasi mudah alih.
Kepada pasukan kami: kemenangan ini milik anda! Dedikasi anda memastikan kami terus berada di hadapan. Kepada rakan kongsi dan semua yang berinteraksi dengan Hot FM, anda adalah sebab kami terus melangkaui batas. Ini hanya permulaan ayuh menuju masa depan yang lebih cerah bersama-sama!”
Raja Khairil, Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, turut menyuarakan pandangan yang sama: “Pada tahun 2024, kami berusaha untuk menyampaikan kandungan yang benar-benar memberi impak dan menginspirasikan interaksi bermakna. Pengiktirafan ini mengesahkan usaha tersebut dan memberi motivasi kepada kami untuk terus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat kami. Yang terbaik masih menanti.”
Ketika tahun ini hampir melabuhkan tirainya, Hot FM merenung perjalanan yang dipenuhi cabaran, pencapaian, dan pertumbuhan. Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada pasukan untuk terus maju, meneroka potensi baharu, dan memberikan nilai luar biasa kepada peminat, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan.
Melangkah ke hadapan, Hot FM kekal komited untuk memimpin evolusi radio di era digital, dengan janji untuk terus setia kepada misinya dengan menghubungkan komuniti, memperkasakan suara, dan membentuk masa depan radio.