Grand Finale Lagu Molek Navara

Pada 12 Februari 2022, Grand Finale Lagu Molek Navara yang telah berjaya menarik 80 peserta baru sahaja selesai dilangsungkan di KTCC Mall, Kuala Terengganu. 

Seramai 80 pendengar bertuah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Lagu Molek Navara setelah menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Molek FM iaitu Gu Pantai Timur kepada barisan penyampai Molek FM ketika kempen ini berlangsung.

Terdapat 3 cabaran yang perlu dihadapi oleh peserta di Grand Finale Lagu Molek Navara. Cabaran pertama adalah cabaran membuka kotak misteri dengan kunci yang betul. Namun begitu hanya 30 peserta sahaja yang layak ke pusingan seterusnya. 

Cabaran kedua adalah mereka perlu membuka replika pintu dengan menggunakan kunci yang betul di mana peserta sendiri perlu memilih kunci berkenaan secara rawak. Hanya 10 peserta sahaja yang layak ke pusingan akhir untuk melayakkan mereka memenangi sebuah Nissan Navara. 

Cabaran terakhir ini menentukan siapakah di antara 10 peserta yang tinggal berjaya membuka replika pintu Nissan Navara dan membawa pulang kenderaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Molek FM (@molekfm)

Pendengar bertuah Mohd Zawawi bin Ismail dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu yang telah berjaya memenangi RM100 dan sebuah Nissan Navara serba baharu pada pusingan terakhir cabaran Lagu Molek Navara. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Molek FM (@molekfm)

“Alhamdulillah, semua ni rezeki anak-anak, saya menjadi orang yang terakhir berjaya membuka kunci di replika Nissan Navara menerusi cabaran yang terakhir. InshaAllah saya akan terus menyokong Molek FM dan menjadi pendengar setia.”  kata Mohd Zawawi.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berterima kasih kepada pendengar Molek FM serta akan berusaha untuk sentiasa memberikan kejutan dan penghargaan kepada pendengar terutamanya buat mereka yang berada di pantai timur, sekaligus mengumpul jumlah pendengar setia dan membina komuniti Molek FM.