Sambutan Hangat Superintis Usanita Kool 101

Sejak dilancarkan sejurus pelancaran rasmi stesen Kool 101. Stesen jenama baharu dibawah Media Prima Audio merasmikan kempen Superintis Usanita Kool 101 yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000 mendapat sambutan hangat dalam kalangan usahawan makanan dan minuman (F&B) dan produk.

Para usahawan hanya dikehendaki menghantar pelan bisnes masing-masing kepada Kool 101 untuk dinilai dan bagi setiap episod, hanya tiga penyertaan dipilih untuk dinilai. Peserta terpilih akan terlibat di dalam segmen ‘pitching and challenge’ di mana mereka perlu membentangkan idea mereka dan berdepan beberapa cabaran yang disediakan ahli panel.

“Program Superintis Usanita Kool 101 memberi peluang kepada usahawan mengembangkan lagi bisnes mereka baik dari aspek penghasilan produk, pembungkusan, pemasaran mahupun penjenamaan. “Saya amat menggalakkan usahawan dalam kalangan B40 menyertai cabaran ini kerana saya sedar mereka perlukan ilmu mengembangkan bisnes dan wang tunai untuk dijadikan modal.”

Buat permulaan program, kami hanya fokuskan kepada dua kategori bisnes iaitu F&B dan produk. Setakat ini untuk kategori F&B, beberapa jenis gastronomi sudah dipilih termasuk sambal, kerepek, biskut, roti pau, rendang, bertih jagung dan kombucha. Manakala produk pula seperti lilin wangi, pakaian sukan Muslimah, pam susu, pakaian ready to wear, tandas kucing dan tisu basah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.

Program Superintis Usanita Kool 101 berjaya meletakkan Nad Masrom yang membentangkan idea perniagaan Barangan Penyusuan Bayi & Khairunnisa dengan produk popcorn jenama Gallitos sebagai juara untuk episod 1 & 2. Dengan hasil kempen Program Superintis Usanita Kool 101 ini, Kool 101 berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 117,594, serta reach sebanyak lebih 200,00 dan 9,087 engagements di platform Facebook Kool 101.