The Appies merupakan acara tahunan yang menyediakan peluang yang jarang berlaku bagi agensi kreatif, media, digital, dan pemasaran atau jenama untuk mempersembahkan kempen terbaik mereka kepada industri.
Media Prima Audio dengan gembiranya mengumumkan bahawa KJ JADI DJ telah memenangi Anugerah Emas dalam kategori Digital dan Sosial di Anugerah Kempen Pemasaran Malaysia Appies 2023 yang paling dihormati! Media Prima Audio gembira dengan penghargaan ini dan kami berusaha untuk menghasilkan lebih banyak konten hebat yang akan membawa kepada penghargaan yang lebih banyak pada masa hadapan.
Kempen mengagumkan Hot FM, “KJ Jadi DJ,” telah berjaya meraih anugerah gangsa bergengsi di Anugerah Hashtag Asia 2023 dalam kategori yang sengit, iaitu “Best Newsjacking or Real-Time Response”.
Selain daripada anugerah emas dan perhargaan yang berjaya diraihkan oleh Hot FM. Platform Youtube rasmi Hot FM juga turut mencapai hasil jumlah langganan atau subscribers sebanyak lebih satu juta. Dengan hasil jumlah subscribers atau langganan ini secara rasmi melayakkan saluran rasmi Youtube Hot TV menerima plak perhargaan Youtube Gold Play Button daripada YouTube Creator Awards.