Datuk Aznil Haji Nawawi, Jamal Jamaludin dan Hazeman Huzir kini di Kool 101!

Bagi perancangan melebarkan lagi aliran ‘kool’ stesen radio dibawah naungan Media Prima Audio, Kool 101 kini menambahkan lagi bilangan penyampai stesen radio itu dengan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Paknil’ untuk segmen Pagi On Point bersama Haiza dan Muaz di ‘kool’kan lagi dengan kehadiran pengacara dan personaliti social media, Hazeman Huzir menemani Hanif di segmen petang PM Kool 101 dan penyampai radio berpengalaman, Jamal Jamaluddin.

‘Comeback’ 12 Tahun Sebagai Penyampai Radio

Keterujaan ‘Paknil’ sekembalinya menerima tawaran sebagai penyampai Kool 101 sekaligus bererti ‘comeback’ Datuk Aznil Haji Nawawi di industri penyiaran radio tanah air setelah 12 tahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio. 

Kini bermula 4 Mac 2024 ‘Paknil’ kembali mengalas tugasan sebagai penyampai radio di Kool 101 bersama penyampai segmen tunjang utama Kool 101, Haiza dan Muaz. Antara keunikkan dan kelainan yang dibawakan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi adalah beliau akan menyampaikan sudut pandangan, tips serta nasihat buat para pendengar yang ingin berkongsikan tentang masalah berkaitan kehidupan, kerjaya, keluarga, atau apa saja perkongsikan isu semasa dan sosial seperti mana tujuan utama stesen radio Kool 101. 

Haze Sahut Cabaran Penyampai Radio

Selain Datuk Aznil Haji Nawawi. Personaliti TV dan media sosial, Hazeman Huzir yang dikenali dengan celotehnya juga turut menyahut tugasan sebagai rakan penyampai Kool 101 disamping pengacara TV Hanif Miswan dengan mengendalikan segmen PM Kool 101 setiap Isnin hingga Jumaat. 

Dengan gandingan duo buat segmen petang di stesen radio Kool 101 ini juga dapat memberikan semangat yang baharu buat para pendengar setia Kool 101. Impak yang diberikan oleh Hazeman Huzir juga disambut baik oleh para pendengar Kool 101 dengan memberikan kata-kata positif mengalu-alukan pengacara TV itu yang kini telah menambatkan kariernya sebagai penyampai radio di Kool 101.

Jamal Jamaluddin ‘Ganda’ Kool 101

Tidak kurang hebat seperti segmen pagi dan petang. Untuk segmen malam di Kool 101 juga kini dikendalikan oleh penyampai radio lagenda Jamal Jamaluddin dengan judul segmen Cerita Malam Kita. Menerapkan lagu-lagu retro 80an hingga ke era 90an, segmen Cerita Malam Kita bersama Jamal Jamaluddin menghiasi halwa telinga para pendengar Kool 101 dengan kelunakan suara penyampai radio yang berpengalaman yang juga terkenal dengan slogan ‘Ganda 23’.

Cerita Malam Kita dikendalikan Jamal berbicarakan tentang pengalaman hidupnya, kisah cintanya, dan kehidupan keluarganya dalam segmen malam di Kool 101 setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada jam 8 malam.