Cek Mek Molek Tati Milik Suara Emas Kamilia

Kemuncak Cek Mek Molek Tati yang baru sahaja melabuhkan tirainya sejak mula diadakan pada Februari lalu telah menemui juaranya. Kemuncak Cek Mek Molek Tati telah pun berlangsung pada jam 9 pagi tadi bersama dengan Molek Pagi yang dipancarkan secara langsung melalui frekuensi Molek FM, aplikasi Audio+ serta menerusi platform Instagram rasmi  @molekfm.

Tahniah diucapkan kepada Kamilia atau nama sebenarnya Nurul Kamilia Afiqah Binti Mohd Kamaruzaman dari Kemaman, Terengganu kerana telah berjaya merangkul gelaran juara bagi pencarian Cek Mek Molek Tati sebentar tadi, dan sekaligus berjaya membawa pulang kontrak bersama Molek FM bernilai lebih RM30,000.

Selain daripada itu, tahniah juga diucapkan kepada empat lagi finalis Cek Mek Molek Tati iaitu Nur Izzati Binti Mohd Rashid, Preti Kaur Gill A/P Jagjit Singh Gill, Alifah Ilyana Bt Mohd Zakiamani, serta Nik Maisarah Binti Jamil kerana telah berjaya menempuhi pelbagai cabaran dan tugasan sehingga ke peringkat akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Molek FM (@molekfm)

Juara Cek Mek Molek Tati, Kamalia , (24), berkata, “pada mulanya saya menyertai program Cek Mek Molek Tati ini adalah atas dorongan daripada rakan-rakan serta para pengikut saya di media sosial. Jadi saya rasa why not saya cuba sebab saya ni jenis yang suka bercakap. Tapi pada mulanya video yang saya muat naik tak ada hashtag yang diperlukan. Nasib baik, admin Molek FM komen video saya untuk letak hashtag yang diperlukan dan saya muat naik semula video berkenaan dan mendapat lebih banyak tontonan berbanding video sebelum ini. Saya rasa seperti tidak percaya kerana telah terpilih di dalam senarai Top 10 dan seterusnya layak menjadi finalis Cek Mek Molek Tati. 

Secara ringkasnya, pencarian Cek Mek Molek Tati ini telah pun berlangsung dari 12 Februari 2022 sehingga 24 Mac 2022. Pencarian yang bermula dari 3 Februari  hingga 2 Mac 2022 lalu telah berjaya menarik hampir 100 penyertaan daripada pendengar setia Molek FM dan orang ramai. Para pendengar dan orang ramai yang ingin menyertai Cek Mek Molek Tati ini perlu memuat naik video mereka di Instagram atau TikTok dengan menggunakan template serta skrip yang telah disediakan oleh Molek FM dan mereka juga perlu tag atau mention Molek FM.

Finalis Cek Mek Molek Tati ini juga telah diberikan beberapa cabaran bagi menguji tahap kemampuan mereka untuk menjadi penyampai Molek FM yang bukan sahaja perlu petah berkata-kata lebih-lebih lagi dalam dialek pantai timur, malah perlu bijak mengatur strategi mereka untuk melayakkan mereka ke pentas akhir. Antara cabaran yang perlu dilakukan oleh mereka adalah mereka membuat talksets secara virtual dan bersemuka, cabaran TikTok bersama penyampai radio Molek FM, cabaran membaca berita serta aktiviti komuniti, temubual bersama artis serta selebriti juga ke udara di segmen Molek Petang bersama Mat Dan dan Molek Malam bersama Kai Hassan

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura,  berkata, “Bintang Radio yang memenangi program ini berpeluang memulakan kerjaya dan mengembangkan karier sebagai seorang penyampai radio bersama dengan barisan penyampai lain di Molek FM. Mereka ini bukan hanya perlu menghiburkan serta memberi maklumat kepada pendengar, tetapi mereka juga perlu menarik minat audiens di platform digital seperti media sosial, aplikasi juga  streaming serta YouTube”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Molek FM (@molekfm)

Pencarian Cek Molek Tati ini merupakan inisiatif Molek FM bersama Tati Skincare bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai penyampai radio. Pihak Molek FM berbesar hati dengan kesudian pihak Tati Skincare menjayakan pencarian Cek Mek Molek Tati ini.

Selepas berakhirnya Cek Mek Molek Tati ini, pihak Molek FM memberikan satu lagi kempen buat pendengar setia Molek FM menerusi kempen Duit Geng Molek yang sedang berlangsung sehingga 31 Mac 2022. Para pendengar Molek FM berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM200 dengan cara mendengarkan kata laluan yang diberikan oleh penyampai radio Molek FM di setiap segmen. Kemudian pendengar perlu dengarkan lintasan Geng Molek bagi mengetahui lokasi lintasan mereka dan mereka perlu menjadi pendengar yang terpantas untuk mencari lokasi Geng Molek. Setelah menemukan lokasi mereka, pendengar bertuah itu perlu berikan kata laluan yang betul kepada Geng Molek. Wang tunai bernilai RM200 bakal menjadi milik mereka yang bertuah itu.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.